Majlis Penutupan Program Intervensi YEF MSIA 2025
Blog post description.
6/22/20251 min read


Majlis Penutupan Program Intervensi YEF MSIA 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2025 bertempat di Dewan Kasturi, Hotel Grand Barakah, Ampang.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh 50 tetamu jemputan yang terdiri daripada pemegang amanah, penderma korporat dan individu, alumni, dan rakan strategik YEF Malaysia.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YBhg. Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Pengerusi YEF MSIA; Puan Annie Hariati Othman, Ketua Pegawai Eksekutif YEF MSIA; YBhg. Ustaz Mohd Zikri bin Mohd Shairy, Pengarah Bahagian Kewangan Sosial, Rumah Sadaqa, Bank Islam Malaysia Berhad; Ustaz Akmal Solihi Mohd Yazid, Pengarah Syariah Bank Islam Malaysia Berhad; dan En. Hilmy Darmin Ab Rahman, Ketua Jabatan Microtakaful & CSR dan Setiausaha PruBSN Prihatin.
Majlis penutupan tersebut merangkumi pelbagai agenda utama antaranya penyampaian cek bantuan pendidikan olok-olok dari Rumah Sadaqa kepada pelatih YEF MSIA, tayangan video sorotan aktiviti peserta sepanjang program berlangsung selama 10 hari, penyampaian sijil penyertaan, dan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik dan kumpulan terbaik.
Tahniah kepada peserta terbaik Program Intervensi
Muhammad Faris Azri Bin Wahab – Peserta Lelaki Terbaik
Nur Salihah Najwa Binti Zakaria – Peserta Terbaik Wanita
YEF MSIA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan masa hadapan para peserta.




Youth Empowerment Foundation Malaysia
Email: yefmsia.official@gmail.com
Phone: +6019-911 1989 or +603-4141 7610
Registration Number: PPAB-67/2021